Assalamaualaikum wbk dan Salam sejahtera.

 

GPK Hal Ehwal Murid,

Sekolah-sekolah daerah Pontian.

 

Tuan,

 

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pengurusan Hal Ehwal Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Pontian akan mengumpulkan maklumat berkaitan pengurusan kantin sekolah.

Sistem atas talian One Stop Data Centre (OSDC) JPNJ telah diperkemaskan lagi dalam aspek pengurusan dan pengumpulan data. Terbaharu adalah penambahan satu butang pilihan berkaitan Maklumat Asas Pengusaha Kantin Sekolah. 

files/Menu-Maklumat-Asas-Kantin-.pdf

Sehubungan dengan itu, tuan diminta untuk melengkapkan maklumat yang diperlukan di peringkat ppd dan jabatan bagi memudahkan lagi pengurusan kantin. Maklumat tersebut perlu dilengkapkan sebelum atau pada 1 Januari 2019.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD FAIZAL BIN MOHD FAUZI.

PENYELIA HAL EHWAL MURID,

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN.