KPM

 

MEMBEKALKAN PERALATAN DAN KELENGKAPAN DI SEKOLAH-SEKOLAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN  MENGGUNAKAN PERUNTUKAN PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI JOHOR TAHUN 2020

 

NOTIS PEMBERITAHUAN

SEBUT HARGA KERJA BEKALAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN

 

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Pontian akan mengadakan sebut harga bagi kerja-kerja bekalan seperti  berikut:

 

BIL.

SKOP KERJA

KELAYAKAN KONTRAKTOR

1

MEMBEKALKAN PERALATAN DAN KELENGKAPAN DI  SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KUDUS

PPDPN/SH/2020(30)

Pemegang Sijil Kementerian Kewangan Malaysia, Kod Bidang 020101 dan 020301

 

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BAGI MENYERTAI KERJA SEBUT HARGA ADALAH SEPERTI BERIKUT:    

 

1.         Kontraktor bertaraf Bumiputera sahaja layak menyertai sebut harga ini.

2.         Hanya penama di dalam sijil-sijil seperti yang disenaraikan (mengikut skop kerja yang ingin disertai) sahaja boleh menghadiri taklimat serta mengambil sebut harga dan tidak boleh mewakilkan orang lain selain daripada penama yang dinamakan dalam sijil. Sila bawa bersama Kad Pengenalan dan Cop Syarikat  bagi tujuan ini.

3.         Sila bawa  bersama sijil berkaitan seperti SSM, Kem. Kewangan Malaysia. Borang sebut harga boleh diperolehi secara atas talian (QR Code) setelah semakan pendaftaran dibuat dan akan dikeluarkan oleh pejabat ini semasa lawatan dan taklimat seperti di bawah:

TARIKH TAKLIMAT DAN AMBIL SEBUT HARGA  :   2/9/ 2020 ( RABU )

MASA   :  10.00 PAGI – 12.00                  

                TENGAHARI (2 JAM SAHAJA)

TEMPAT :  BILIK MESYUARAT IBNU SINA, ARAS 2,

                  PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH  PONTIAN

TARIKH TUTUP  SEBUT HARGA  :  6 /9/2020 (AHAD) JAM 12.00 TENGAH HARI

 

6.         Dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dilabelkan          seperti berikut :

Pejabat Pendidikan Daerah Pontian,

                                               JKR 1927P,Jalan Alsagoff, 82000 Pontian, Johor.

                                               (u.p: Unit Kewangan, Infrastruktur Dan Perolehan)

 

7.         Bilangan  Sebut Harga hendaklah ditulis di PENJURU  KIRI atas muka hadapan sampul  surat.

 

8.         Sampul sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga di ruang koridor Aras 1, Unit Kewangan, Infrastruktur Dan Perolehan, Pejabat Pendidikan Daerah Pontian.

 

9.         Dokumen Sebut Harga boleh dihantar dengan pos berdaftar. Bagaimanapun, Pihak PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN  tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan pada dokumen yang di poskan.

 

10.       Jawatankuasa Sebut Harga tidak terikat untuk menerima tawaran atau mana-mana tawaran yang terendah . KEPUTUSAN JAWATANKUASA SEBUT HARGA ADALAH MUKTAMAD.

 

files/202008261244.pdf