PENANGGUHAN TAWARAN KERJA UNDI BAGI PROJEK PENYENGGARAAN DAN PEMBAIKIAN SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH SELIAAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR BIL. 2 TAHUN 2020

Sukacita dimaklumkan Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah membuka Tawaran Kerja Undi bagi 86 Projek Penyenggaraan dan Pembaikian Sekolah-Sekolah di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri Johor pada 13.07.2020.

Untuk makluman, pendaftaran secara atas talian bagi Tawaran Kerja Undi Bil. 2 Tahun 2020 telahpun ditutup pada 17hb Julai 2020 (Jumaat). Pihak Jabatan mengucapkan terima kasih di atas komitmen dan sokongan tuan untuk menyertai Tawaran Kerja Undi ini.

Walaubagaimanapun, Tawaran Kerja Undi yang dijadualkan akan bersiaran secara langsung pada 20 Julai 2020 (Isnin) akan ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Sebarang pemakluman terkini akan disiarkan melalui portal rasmi dan facebook Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Terima Kasih.