Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.

 

2.         Adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan/puan dipohon menyediakan laporan kedudukan Aset sekolah tuan bagi tempoh Suku Tahun Pertama 2020 (01 Januari 2020 – 31 Mac 2020) berdasarkan format seperti yang dilampirkan.  Tuan/Puan boleh muat turun lampiran tersebut seperti di bawah.

3.         Sekiranya tiada sebarang rekod berkaitan suku tahun tersebut hendaklah dinyatakan sebagai Penyata Kosong.  Lain-lain maklumat seperti nama sekolah dan sebagainya masih perlu dilengkapkan.

4.         Kerjasama sepenuhnya daripada pihak tuan/puan supaya mematuhi arahan tarikh penghantaran dan melengkapkan laporan dengan sempurna.  Laporan yang telah siap hendaklah dihantar ke Unit Kewangan, Infrastruktur dan Perolehan PPD Pontian (u.p: Puan Nor Ashikin Binti Alwee atau Puan Rabiatul Adawiyah Bt Mohd Shadali) sebelum atau pada 01 April 2020. Laporan berbentuk ‘softcopy’ hendaklah diemelkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Perhatian dan maklumbalas segera daripada pihak tuan/puan amatlah diharapkan.

Sekian, terima kasih.

 

PELAPORAN JKPAK ASET ALIH.xlsx

PELAPORAN JKPAK STOK.xlsx

PELAPORAN JKPAK HIDUP.xlsx

PELAPORAN JKPAK TAK KETARA.xlsx

PENERIMAAN HADIAH.xlsx

SENARAI SEMAK LAPORAN JKPAK BIL 1 2020.xlsx