Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan/Puan yang dihormati,

Adalah dimaklumkan telah berlaku kes pengambilan perkakasan rangkaian bekalan Projek 1BestariNet oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di beberapa sekolah di negeri Johor yang mengakibatkan gangguan kepada capaian internet.

Adalah dipohon jika premis  tuan didatangi oleh pihak yang menyatakan mereka adalah wakil  YTL Comms atau PMO ICT KPM untuk mengambil peralatan tersebut, dapatlah kiranya pihak tuan memastikan perkara berikut:

1. Wakil membawa surat arahan/prnyataan kerja yang dikeluarkan oleh PMO ICT KPM (BTP) dan sama seperti yang telah diedarkan kepada pihak tuan melalui emel MyGovUC oleh PPD Pontian/PKG.
2. Meminta wakil menunjukkan kad pekerja yang sah atau surat pernyataan wakil sah dan membat salinan untuk simpanan.
3. Meminta wakil mencatat nama/no kad pengenalan/no telefon dalam buku pelawat. sila semak maklumat yang dicatitkan adalah sama.
4. Memastikan alat gantian dibekalkan jika surat makluman menyatakan dengan jelas kerja yang dilakukan membabitkan penggantian alatan.


Tuan adalah digalakkan untuk menghubungi Unit Pengurusan ICT dan Maklumat atau PKG zon tuan untuk sebarang kemusykilan.

Sekian terima kasih...

Unit Pengurusan ICT dan Maklumat.
PPD Pontian