Assalamualaikum/ Salam sejahtera

Pengetua/Guru Besar

Sekolah-sekolah Daerah Pontian

Untuk makluman tuan/puan, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang berkuatkuasa pada 23 April 2018. Pekeliling Perbendaharaan ini telah merangkumi semua aspek Pengurusan Aset termasuklah Pelupusan.

Sehubungan itu, Tuan/Puan dipohon untuk memuat turun surat garis panduan KPM.300-2/6/1(68) bertarikh 08 Januari 2020 dan mematuhi garis panduan tersebut dan peraturan yang berkuatkuasa bagi melancarkan sebarang urusan pelupusan aset alih di premis tuan/puan agar lebih kemas dan menepati kehendak kementerian.  Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.      

Sekian, terima kasih.

 

Surat PPD

1. Surat_Edaran_Garis_Panduan_Pelupusan

2. Garis Panduan Pelupusan Aset Alih Kerajaan (KPM)

3. P.U.(B) 485 - Perwakilan Kuasa Di Bawah Seksyen 5

4. AM2.7 Pelupusan Aset Alih Kerajaan

5. Akta_672_Akta_Pengurusan_Sisa

6. Akta 127 - Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974