Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Pengetua/Guru Besar

Sekolah-sekolah Daerah Pontian

Johor

Tuan,

PERLUASAN ADUAN SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH (eSPKWS) KE PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas

2.        Dimaklumkan bahawa mulai 1 APRIL 2018, peranan pentadbir fsistem eSPKWS bagi menyelesaikan aduan sistem eSPKWS dari sekolah diperluaskan ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah Pontian (PPD). Perlaksanaan ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kumpulan Wang Amanah Sekolah (KWAS) Bil. 1 Tahun 2017 agar aduan Sistem esPKWS dari sekolah dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan efektif.

3.         Sejajar dengan ini, maka semua aduan sistem eSPKWS dari sekolah perlu disalurkan dan diselesaikan oleh PPD. Permohonan capaian sistem  eSPKWS  bagi pengguna di sekolah  perlu mengisi borang capaian mengikut format yang ditetapkan beserta dokumen yang lengkap seperti kad pengenalan, surat tanggung kerja(bagi berkaitan), Surat Pertukaran(bagi berkaitan). Oleh yang demikian, pihak sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti di LAMPIRAN 1 dan 2.

4.         Bersama-sama ini disertakan perkara berikut mengikut panduan dan rujukan :

  1.           LAMPIRAN 3 -  Borang Aduan Espkws
  2.           LAMPIRAN 4 -  Borang Capaian ID Pengguna eSPKWS
  3.           LAMPIRAN 5 -  Senarai email dan Pegawai untuk dihubungi

5.        Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan berhubung perkara di atas amat dihargai.

Sekian, terima kasih

files/SURAT_ADUAN_ESPKWS_1.pdf

files/Borang_Aduan-espkws.pdf

files/BORANG_CAPAIAN_ESPKWS.pdf

UNIT KEWANGAN
PPD PONTIAN