Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK1)
Melalui,
Pengetua
Sekolah Menengah Daerah Pontian
Tuan,
BENGKEL SEMAKAN DATA EOPERASI BERAKHIR 31 JULAI 2019 DAN TAGGING GURU BAGI SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH PONTIAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat berkaitan perkara tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh/Masa : 21 Julai 2019 / 10.00 PAGI – 5.00 PETANG
Tempat : Bilik Mesyuarat Ibnu Qayyim
Pejabat Pendidikan Daerah Pontian.
3. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kelancaran bengkel tersebut, pihak tuan adalah dikehendaki membuat semakan dan pengisian maklumat Perjawatan, enrolmen dan subjek bagi tahun 2019 di laman sesawang eoperasi.moe.gov.my. Sila bawa bersama-sama Maklumat Bilangan Kelas/Murid Mengikut Tingkatan, Pakej Matapelajaran dan Komputer Riba.
4. Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila hubungi En. Mohd Zainul Ami Bin Rohibon di talian 013-2987838 / 07-6894011.
Sekian, terima kasih.