Assalamualaikum dan salam sejatera.

Pengetua/Guru Besar

Sekolah–Sekolah Daerah Pontian

 

Tuan,

 

Surat Bahagian Perolehan, Kementerian Pendidikan Malaysia bernombor rujukan KPM.100-11/2/40 Jld.4 (23) bertarikh 23 Januari, 2019 (diemel rasmi sekolah) dan perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.     Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Perolehan, Kementerian Pendidikan Malaysia (BPL-KPM) merupakan bahagian yang bertanggungjawab bagi urusan perolehan dan tender di KPM dan menggunakan sepenuhnya data Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS). Penggunaan sistem ini adalah selaras dengan Inisiatif Kedua-Tingkatkan Pengurusan Data dan Sistem Online dalam Majlis Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019.

 

4.      Justeru, pihak BPL-KPM dan Unit Pengurusan ICT dan Maklumat PPD Pontian memohon pihak tuan memastikan data dalam sistem ini sentiasa dikemaskini melalui pemerkasaan fungsi Guru Data dan Maklumat seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 7 Tahun 2018 (diemel rasmi sekolah).
 

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi Encik Hazizy Bin Mi Yusuf di Unit Pengurusan ICT dan Maklumat PPD Pontian. Segala keprihatinan dan kerjasama pihak tuan amat kami hargai.

 

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan ICT dan Maklumat

Pejabat Pendidikan Daerah Pontian

Lampiran : Dihantar melalui emel rasmi sekolah