Assalamualaikum w.b.t. salam sejahtera dan salam sejahtera

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah​​
Daerah Pontian

Tuan,

PERMOHONAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) BAGI PENGISIAN JAWATAN GURU PENOLONG KANAN GRED DG34 DAN DG32 TAHUN 2019, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Berdasarkan surat Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), JPNJ.NP.S.500-3/8/4Jld.4(50) bertarikh 10 Februari 2019, sukacita dimaklumkan permohonan bagi penempatan PPP Gred 32(KUP), DG34 (KUP), DG38 (KUP), DG41/DG42 (ex-PPPLD/Lantikan Pertama) dan DG44 (Ex-PPPLD/Lantikan Pertama) bagi pengisian ke jawatan Guru Penolong Kanan Gred32 dan DG34 di Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Pontian. 

Permohonan adalah berdasarkan kelayakan dan kesesuaian seperti yang dinyatakan dalam surat iringan Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Tuan diminta memuat turun surat hebahan dan maklumat berkaitan yang disertakan dengan makluman ini. Pencalonan Guru penolong Kanan yang telah dibuat pada tahun 2018, masih boleh dilantik sebagai GPK 2019 dengan syarat mengisi borang seperti yang disertakan.

Tarikh tutup permohonan hendaklah dihantar Pejabat Pendidikan Daerah Pontian pada atau sebelum 24 Februari 2019 untuk perhatian En. Faizi Bin Shahri dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Pengurusan Sekolah (Rendah), Pejabat Pendidikan Daerah Pontian. Sekian terima kasih.

Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Pontian