files/PERTUKARAN_GURU_2019.pdf...Sila muat turun surat makluman.

Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam Pontian Dinamik

Tuan,

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN / NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH BAGI TAHUN 2019, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Berdasarkan Surat Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM.100-1/7/2Jld.6(39), sukacita dimaklumkan permohonan pertukaran guru melalui e-GTukar bagi tahun 2019 iaitu bagi sesi pertukaran Jun 2019 dan Januari 2020 dengan sekali permohonan sahaja.

Permohonan e-GTukar akan dibuka mulai 18 Februari hingga 27 Mac 2019. Pemohon boleh mengekses Modul e-GTukar melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia, https://epgo.moe.gov.my/.

Diharapkan perkara yang berkenaan dalam makluman bagi hebahan kepada guru-guru di bawah seliaan tuan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke Unit Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Pontian. Sekian Terima Kasih.

Unit Pengurusan Sekolah (UPS)
Pejabat Pendidikan Daerah Pontian