Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Salam Pontian Dinamik.

Tuan,
Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Pontian.


Perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan ICT dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Pontian dengan kerjasama Unit Pendidikan Utusan Malaysia akan melaksanakan program di atas. Sehubungan dengan itu, dipohon agar tuan dapat membenarkan Guru Penolong Kanan Pentadbiran di bawah seliaan tuan untuk hadir ke program tersebut seperti ketetapan di bawah:

Tarikh             :           13 Februari, 2019 (Rabu)
Masa               :           Taklimat Kumpulan 1 : 8.30 Pagi – 10.30 Pagi
                                    Taklimat Kumpulan 2: 11.00 – 1.00 Tengahari
Tempat           :           Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, PPD Pontian


Surat makluman disertakan di bawah. Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi Encik Mohd Ghazali Ambo Ulang di talian 018-6882598.

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan ICT dan Maklumat
PPD Pontian

Surat Makluman: program_intervensi_Tablet.pdf