Assalamualaikum WBT/Salam Sejahtera
Salam Pontian Dinamik


Tuan Pengetua dan Guru Besar

Sekolah Daerah Pontian

Perkara di atas adalah dirujuk.


Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah melaksanakan kutipan data dan maklumat lantikan Guru Penyelaras Bestari (GIT) dan Guru Perpustakaan dan Media (GMA) negeri Johor melalui Sistem Pengurusan Pendidikan dan Lantikan Johor (SPPLJ).

Sehubungan itu, pihak tuan diminta untuk melaksanakan pengisian data dan maklumat berkaitan pelantikan GIT dan GMA sedia ada serta pencalonan yang baru di sekolah tuan melalui sistem SPPLJ yang boleh dicapai melalui pautan URL berikut :

http://jpnjohor.moe.gov.my/spplj

Bersama-sama ini, dimaklumkan bahawa tarikh-tarikh yang perlu dipatuhi bagi melancarkan proses lantikan GIT dan GMA baru di sekolah tuan : 
 

Tarikh           :           27 hingga 31 Januari 2019

Perkara         :           Pengisian data lantikan GIT dan GMA
             Tin
dakan      :           Pembantu Tadbir Perjawatan Sekolah
 

Bersama-sama ini dilampirkan surat makluman pelaksanaan dan manual pengguna bagi Sistem Pengurusan dan Lantikan Johor (SPPLJ) bagi tujuan makluman dan perhatian pihak tuan.
Lampiran: Lantikan_GMA_GIT_SPPLJ.pdf


Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi PPPD ICT dan Maklumat pentadbiran daerah. Pertanyaan berkaitan waran perjawatan GIT dan GMA juga boleh dipanjangkan kepada En Mohd Roselan bin Abu Hasan, UBest, BTPN Johor di talian 019-7040418 dan En Mokhtar bin Omar, UPSP, BTPN Johor di talian 012-8825076. Kerjasama serta keprihatinan pihak tuan amatlah dihargai. 

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan ICT dan Maklumat

PPD Pontian