Assalamualaikum WBT/Salam Sejahtera
Salam Pontian Dinamik


Tuan Pengetua dan Guru Besar

Sekolah Daerah Pontian

Perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan perlu sentiasa mengemaskini dan mengesahkan data dalam Sistem Modul Pengurusan Sekolah (MPS) seperti ditetapkan. Maklumat yang dikunci masuk perlu terkini, betul, tepat dan sahih untuk memudahkan proses unjuran dan membuat keputusan oleh pihak berkaitan.

Bagi tujuan pengemaskinian serta pengesahan maklumat Modul Pengurusan Sekolah. Guru Data dan Maklumat (GDM) perlu mengemaskini maklumat dan ralat data sebelum Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah (LPMS) dibuat oleh pihak tuan melalui sistem EMISOnline sebelum atau pada jam 12.00 tengahari 31 Januari, 2019.

Proses di atas adalah termaktub dalam arahan Jabatan Pendidikan Negeri Johor melalui surat makluman bernombor rujukan JPNJ.SPMICT100-11/3/27.Jld2(20) bertarikh 17 Januari 2019 dan Surat makluman Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bernombor rujukan KPM.100-11/2/40 JLD4(21) bertarikh 3 Januari, 2019.

Data perlu dikemaskini bagi memastikan pemerolehan data sekolah adalah terkini, tepat dan sahih  
agar hasrat yang termaktub dalam surat makluman Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bernombor rujukan KPM.100-11/2/2 JLD.5(60) bertarikh 11 Januari, 2019 tercapai.

Sebagai rujukan tuan, disertakan adalah surat makluman yang dimaksudkan pada para 4 dan 5 di atas.

Lampiran: MPS_EMISONLINE.pdf


Kerjasama, keprihatinan
dan bantuan tuan amat dihargai.


Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan ICT dan Maklumat
PPD Pontian