Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Salam Pontian Dinamik.

Tuan Pengetua dan Guru Besar yang dihormati,

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Disertakan salinan SPI1/2019 dimaksudkan di atas untuk rujukan dan tindakan tuan.

3. Sehubungan dengan itu dan seperti kandungan dalam SPI berkenaan jelas maksudnya menyatakan bahawa
mulai 14 Januari 2019 iaitu tarikh SPI 1/2019 dikeluarkan adalah tarikh berkuatkuasa serta merta, semua rekod kehadiran murid di sekolah hendaklah direkodkan oleh guru kelas dengan menggunakan Sistem Kehadiran Murid dan tidak perlu lagi merekodkan kehadiran murid di dalam Jadual Kedatangan Murid (JKM). Bagi sekolah yang tiada capaian internet, pihak sekolah perlu dapatkan kelulusan PPD untuk menggunakan JKM dan sekiranya ada gangguan capaian internet, kehadiran perlu dicatat menggunakan Borang Kehadiran Sementara.

4. Sistem kehadiran murid ini boleh diakses melalui http://apdm.moe.gov.my/ atau aplikasi mudah alih (mobile apps) eKehadiran Murid. Semua Pengetua dan Guru Besar juga dipohon membuat pemantauan/kawal selia pelaksanaan perekodkan kehadiran murid ini di sekolah masing-masing.


5.  Tahniah kepada semua sekolah yang telah melaksanakannya. Kerjasama tuan adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


saya yang menjalankan amanah,

Samsul Satari
Penyelia Kanan HEM
PPD Pontian

 

Lampiran: SPI BIL.1/2019 SISTEM KEHADIRAN MURID.pdf