SURAT PENETAPAN PROSEDUR EOPERASI

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Pontian
(u.p.: PK Pentadbiran)

PENETAPAN PROSEDUR PENGEMASKINIAN DAN VERIFIKASI DATA GURU DALAM MODUL PENGURUSAN GURU (EOPERASI) BAGI TAHUN 2019 DAERAH PONTIAN

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH, Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan surat siaran KPM.100-1/7/2 Jld.6(21) bertarikh 27 Disember 2018 meminta pihak sekolah membuat pengemaskinian data dalam eOperasi dan bertanggungjawab memastikan data yang terkini, tepat dan sahih sepanjang masa mengikut ketetapan di bawah ini :

BIL DATA BERAKHIR PADA TARIKH VERIFIKASI PPD TARIKH CETAKAN BSKG
1 31 Januari 2019 Sebelum 23 Januari 2019 31 Januari 2019
2 30 April 2019 Sebelum 23 April 2019 30 April 2019
3 31 Julai 2019 Sebelum 25 April 2019 31 Julai 2019
4 31 Oktober 2019 Sebelum 25 Oktober 2019 31 Oktober 2019


Cetakan Borang Status Kedudukan Guru (BSKG) hendaklah dihantar dan disahkan serta dilampirkan dengan Surat Iringan sekolah kepada Kepada Unit Rendah, Unit Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Pontian. Bersama dengan ini disertakan surat siaran yang berkaitan untuk makluman dan perlu dicetak untuk simpanan sekolah bagi tujuan audit. Kerjasama daripda pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih.

Halil Bin Yusof
Penyelia Sekolah Rendah
Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Pontian