Pengetua & Guru Besar
Sekolah Harian/ Mahaad/ SABK Daerah Pontian

Tuan,

URUSAN DAN PENGHANTARAN TUNTUTAN BAYARAN ELAUN GURU GANTI KGSK

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara diatas

2. Mohon pihak sekolah mengambil perhatian dan tindakan berhubung dengan perkara di atas bagi penghantaran tuntutan bayaran elaun guru ganti KGSK lantikan bermula Januari 2019. Penghantaran baucar bayaran yang tidak mematuhi prosedur yang telah ditetapkan akan dikuiri balik ke sekolah. Pihak sekolah perlu menyegerakan urusan pembayaran elaun Guru ganti KGSK mengikut prosedur yang ditetapkan. Ini perlu bagi membolehkan pihak PPD Pontian mengenalpasti kedudukan semasa waran peruntukan guru ganti KGSK.

3. Sila pastikan baucar bayaran lengkap dengan dokumen-dokumen berikut dan dihantar ke PPD Pontian sebelum atau pada 5hb setiap bulan :
    a)    Borang Kew.304 dan 304a (yang lengkap)
    b)    Borang Tunggakan/Pengiraan Elaun
    c)    Kew.8 Pelantikan yang telah diluluskan (sila sertakan kew.8 ASAL bagi pembayaran kali pertama dan SALINAN bagi pembayaran bulan berikutnya)
    d)    Salinan surat tawaran pelantikan KGSK yang telah disahkan
    e)    Salinan surat tawaran setuju terima pelantikan KGSK yang disahkan
    f)    Jadual kedatangan /Pengesahan kehadiran /Perakam waktu yang disahkan
    g)    Salinan buku /Penyata Bank yang disahkan
    h)    Salinan No. KWSO (jika terlibat) dan disahkan
    i)    Salinan Kad Pengenalan yang disahkan
    j)    Borang Maklumat Tambahan Penerima (Bahagian No. HP wajib diisi)

Sekian Terima Kasih

files/PANDUAN_PROES_PEMBAYARAN_ELAUN_GURU_GANTI_KGSK.pdf