PIAGAM PELANGGAN

Warga Pejabat Pendidikan Daerah Pontian dengan penuh iltizam berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

  • Memastikan semua kanak-kanak yang mencapai umur 6 tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan.
  • Memastikan pertukaran guru diurus dua kali setahun (Januari dan Jun) dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan sehingga tarikh surat kelulusan pertukaran.
  • Meluluskan penempatan dan pertukaran murid yang memenuhi syarat dalam tempoh 15 hari bekerja dari tempoh diterima.
  • Memastikan proses penyediaan dan penghantaran dokumen persaraan wajib ke Jabatan Negeri Johor, 120 hari ( 4 bulan ) sebelum tarikh persaraan pegawai atau anggota kumpulan pelaksana.
  • Memastikan sebarang aduan pelanggan dapat diurus dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
  • Semua tuntutan bayaran yang lengkap, diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima.
  • Melaksanakan latihan sekurang-kurangnya tujuh hari setahun kepada semua pegawai dan anggota kumpulan pelaksana.
  • Memastikan proses pendaftaran calon peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia dalam tempoh 30 hari mengikut prosedur yang ditetapkan.