Get Adobe Flash player
Menu Login



User Menu

pemudah

MyIdeas

 msc

iimLogo

visitmalaysia

wemail

wemailppd

Laman Utama
Pengumuman
Berita PPD Pontian
Berita Sekolah
Web KPM
Pemberitahuan
Web JPNJ

PEMBERITAHUAN JAWATAN KOSONG

Kepada,

 

Pengetua/Guru Besar

Sekolah-Sekolah Daerah Pontian

 

Tuan/Puan,

 

PEMBERITAHUAN JAWATAN KOSONG

Bersama-sama ini dilampirkan 1 salinan pemberitahuan jawatan kosong di Majlis Daerah Pontian untuk makluman pihak tuan.

Untuk maklumat lanjut sila klik disini.

JAWATAN KOSONG MDP 1

JAWATAN KOSONG MDP 2

Terakhir dikemaskini (Rabu, 22 Februari 2012 10:26)

 

PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT

Memohon Perakuan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG2-1(DGA29), DG2-2(DGA32), DG2-3(DGA34), DG2-5(DGA38) Yang Memperolehi Ijazah Semasa Dalam Perkhidmatan Untuk Dinaikkan Pa

Semua Pengetua / Guru Besar sekolah-sekolah Daerah Pontian,Johor.

Tuan,

MEMOHON PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG2-1(DGA29), DG2-2(DGA32), DG2-3(DGA34) DAN DG2-5(DGA38) YANG MEMPEROLEH IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN UNTUK DINAIKKAN PANGKAT KE GRED DG1-1(DG41)

Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan surat dibawah ini:-

Surat siaran:

http://www.moe.gov.my/jpnjohor/CMSJPNJ/bahanpro.php?D=2&A=572

Sebarang pertanyaan atau keraguan berhubung perkara ini, tuan boleh berhubung terus dengan pegawai meja berkenaan:

1) Puan Hjh Komsaton Binti Haji Siraj - 07-2311422

2) Encik Mohd Nizam Bin Zainal - 07-2311424

 

PINDAAN KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GPK 1

MAKLUMAN

 

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Penolong Kanan Pentadbiran-Psikologi Organisasi yang akan diadakan pada hari Khamis 23 Februari 2012 ditunda pada hari selasa 28 Februari 2012.Masa dan tempat tidak berubah. Segala kesulitan adalah dikesali. Sekian, terima kasih.

 

GELERI SEJARAH - PEMATUHAN SPI BIL 9 TAHUN 2011

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia

Pengetua dan Guru Besar

Sekolah-sekolah yang berkenaan.

 

MAKLUM BALAS TERHADAP SOAL SELIDIK RINGKAS

PEMATUHAN SPI BIL 9 TAHUN 2011

 

Dukacita dimaklumkan bahawa pihak tuan masih belum lagi memberikan maklum balas terhadap perkara di atas seperti surat dari Pejabat Pelajaran Daerah Pontian JPA6008.USK/600-3/6 Jld.2 (4) bertarikh 26 Januari 2012.

Mohon kerjasama tuan untuk membuat tindak susul terhadap pengumuman ini dengan kadar segera.

Senarai nama sekolah adalah seperti berikut:

Pematuhan SPI Bil

Sekian untuk makluman dan tindkan tuan, terima kasih.

 

 

 

PELAKSANAAN PENTADBIRAN SARINGAN LISAN, PROGRAM LINUS 2012 SERTA SOFTWARE MODUL LINUS

Guru Besar,

SK/SJK(C)/SJK(T),

Daerah Pontian

(U.P : Penyelaras Program LINUS)

 

Pelaksanaan Pentadbiran LISAN Saringan 1 (Tahun 1) Dan Saringan 4 (Tahun 2) 2012

Software Modul LINUS (Guru dan Murid) Kohort 1, 2 dan 3

 

Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian :-

a) Saringan LISAN bermula pada 26 Februari - 30 Mac 2012 (Literasi dan Numerasi)

b) Saringan 1 (Tahun1) adalah murid Tahun 1 (keseluruhan) sesi 2012 (Literasi dan Numerasi)

c) Saringan 4 (Tahun 2) adalah murid yang tidak melepasi Saringan 3 (Literasi dan Numerasi)

d) TIADA pentadbiran Saringan 7 (Linus Tegar dan Linus) Tahun 3, 2012

e) SARINGAN KHAS (Linus Tegar, Linus dan Perdana) akan dijalankan kepada murid Tahun 3, 2012

f) Instrumen SARINGAN KHAS akan dimaklumkan kemudian mengikut ketetapan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia

g) Sekolah-sekolah yang TIADA murid Linus Tegar dan Linus (Kohort 2) TIDAK PERLU menjalankan saringan

h) Software Modul LINUS (Guru dan Murid) Kohrt 1,2, dan 3 PERLU disebarluaskan kepada warga LINUS sekolah

 

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan FasiLINUS Zon LINUS masing-masing

 

Sekian Terima Kasih.

 

Nota :  Bahan-bahan telah dimasukkan ke dalam 'pigeon hole' masing-masing pada 20 Februari, jam 11.30 pagi.

 

 

 

Terakhir dikemaskini (Isnin, 20 Februari 2012 12:15)

 

PERHIMPUNAN PENDIDIKAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH PONTIAN BIL 1/2012

Kepada Pengetua dan Guru Besar

Sekolah-sekolah Daerah Pontian

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa perhimpunan tersebut akan dilaksanakan pada ketetapan berikut;

 

Tarikh : 21 Februari 2012 (Selasa)

Tempat : Tanjung Piai Resort, Pontian

Masa : 7.30 pagi hingga 4.30 petang

 

Sehubungnan dengan itu, tuan/puan dikehendaki hadir ke perhimpuanan tersebut. Terima Kasih.

 
Diari PPD
Pengguna Online
Kami ada 76 tetamu online
Jumlah Pengunjung
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini994
mod_vvisit_counterSemalam2561
mod_vvisit_counterMinggu ini17469
mod_vvisit_counterMinggu lepas52196
mod_vvisit_counterBulan ini149067
mod_vvisit_counterBulan lepas273786
mod_vvisit_counterKeseluruhan1290323